PERJUMPAAN BERSAMA KELAB MEDIA ELIT KEDAH (KMEK)

Kunjungan hormat dan perjumpaan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Negeri Kedah bersama Kelab Media Elit Kedah (KMEK) telah berlangsung pada 21 Julai 2019 bertempat di Pejabat NSTP, Jalan Kanchut, Alor Setar. Kami berbincang bagaimana pihak media dapat sama membantu dalam usaha-usaha pencegahan jenayah di Negeri Kedah. 

Saya selaku Pengerusi MCPF Daerah Kota Setar mencadangkan pihak media membuat liputan berkenaan program tawaran serah diri penagih dadah secara sukarela oleh AADK Kota Setar. Ini akan memudahkan urusan pemulihan dan membolehkan mereka kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat dengan lebih cepat serta dapat mengelakkan banyak komplikasi yang lebih buruk.

Di perjumpaan ini, rombongan MCPF Kedah diketuai oleh Tuan Haji Amran Zakaria yang merupakan Naib Pengerusi MCPF Kedah dan KMEK diketuai oleh Presidennya, En Kumaran A/L Rajamoney.



Comments