PERJUMPAAN MCPF KOTA SETAR DAN IPD KOTA SETAR

Pada 3 Julai 2019, satu perjumpaan antara Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, YDH Superitendan Mohd Redzuan bin Salleh telah diadakan di IPD Kota Setar. Antara yang dibincangkan adalah penganjuran program-program yang berfokus kepada pencegahan jenayah di kalangan belia dan pelajar sekolah yang akan diadakan dengan kerjasama PDRM.

Selepas itu, satu perberbincangan santai diadakan bersama Tuan DSP Parameswaran, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPD Kota Setar. Antara yang dibincangkan adalah usaha memantapkan lagi peranan pegawai perhubungan sekolah (PPS) yang terdiri daripada pegawai polis dan perancangan program pencegahan jenayah bersama KRT di kawasan hot spot dalam Daerah Kota Setar.






Comments