PERTEMUAN DI PUSAT DIALISIS

Pada 10 Julai 2019, saya berpeluang bertemu sahabat seperjuangan universiti di Galway Ireland dahulu. Komuniti Malaysia di Galway dahulu sangat kecil lebih kurang 50 orang sahaja, dan sememangnya kami ibarat satu keluarga yang akrab sepanjang 6 tahun pengajian. Beliau sekarang sebagai pakar buah pinggang pelawat (visiting nephrologist) di pusat dialisis jagaan saya iaitu Pusat Dialisis Al-Hayat, Jitra. Hampir 10 tahun tidak berjumpa, alhamdulilah beliau sekarang adalah seorang nephrologist yang disegani di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Selamat maju jaya bro.



Comments