ZIARAH ANGGOTA RELA PEMANDU BAS

Pada 1 Julai 2019, saya telah menziarahi En Rosni, anggota RELA Daerah Kota Setar di Hospital Sultanah Bahiyah yang patah kaki akibat kemalangan di Ipoh pada 18 Jun 2019. Beliau seorang pemandu bas sanggup mengorbankan diri apabila terpaksa dengan sengaja melanggar sebuah lori kontena semata-semata bagi menyerap impak pelanggaran ketika brek bas tiba-tiba tidak berfungsi. Beliau memastikan bas yang dipandunya ketika menuruni bukit di lebuhraya, melanggar lori kontena dari sisi pemandu. Semua penumpangnya selamat. Pengorbanan ini menunjukkan ciri-ciri anggota RELA yang sejati. Semoga beliau cepat sembuh. 
Turut hadir bersama Puan Pegawai RELA Daerah dan staf-staf Pejabat RELA Daerah Kota Setar.






Comments