KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH AADK KEDAH

Pada 19 Ogos 2019, satu kunjungan hormat oleh MCPF Daerah Kota Setar telah diadakan ke atas Puan Rohayu binti Ahmad, Pengarah AADK Negeri Kedah. Turut hadir Ketua Pegawai AADK Kota Setar, En Mohd Syafrie bin Shamsuddin. Saya memberi taklimat tentang program-program pencegahan dadah dan rawatan pemulihan yang bakal dilaksanakan di Kota Setar. Antara program yang telah dirancang adalah Karnival Mini Run From Drugs, Kem Bimbingan dan Motivasi OKP dan kerjasama dalam mewar-warkan program penyerahan diri sukarela. 

Selain itu, kami juga berbincang pendekatan-pendekatan baharu yang boleh dijalankan bagi menangani permasalahan dadah dalam masyarakat. Terima kasih kerana sudi bertemu kami dan pihak MCPF Kota Setar akan sentiasa bekerjasama dan menyokong gerak kerja AADK.

                                      





Comments