LAWATAN RUMAH OKP

Pada 31 Julai 2019, lawatan rumah telah dijalankan di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah bersama AADK Kota Setar untuk mengesan beberapa Orang Kena Pengawasan (OKP) yang gagal hadir lapor diri di pejabat AADK. Selain itu, temuseru (outreach) dan edaran risalah tawaran penyerahan diri penagih secara sukarela turut dilakukan di kawasan sekitar. Tawaran sukarela ini dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2019. Lebih baik serah diri untuk mendapatkan rawatan pemulihan, daripada ditangkap oleh AADK dan Jabatan Narkotik PDRM.



Comments