PROGRAM CAKNA REMAJA DAERAH KOTA SETAR 2019

Program Cakna Remaja Daerah Kota Setar 2019 telah diadakan pada 6 Ogos 2019 bertempat di SMK Tunku Abdul Rahman, Alor Setar, Kedah. Program ini adalah anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar dengan kerjasama PDRM Kota Setar, LPPKN Kedah, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar, AADK Kota Setar , Jabatan Pendidikan Kedah.

Pada paginya, program pengisian telah dikendalikan oleh agensi jemputan yang melibatkan pelajar-pelajar berisiko sebagai peserta. Antara topik yang disampaikan oleh penceramah-penceramah jemputan adalah berkaitan kesihatan reproduktif, bijak IT, penyalahgunaan dadah, gangsterisme dan HIV/AIDS.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Kamal Affandi bin Hashim, Naib Pengerusi MCPF Kebangsaan di hadapan lebih 400 orang pelajar SMK Tunku Abdul Rahman dan tetamu jemputan. Program yang dilancarkan di sekolah ini merupakan siri pertama, dan akan  diteruskan modulnya di sekolah-sekolah lain dalam daerah Kota Setar.

Selepas selesai majlis perasmian, Tuan Kamal Affandi turut melawat bilik Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SMK Tunku Abdul Rahman, yang telah memenangi Anugerah bilik PPDa terbaik peringkat kebangsaan pada tahun 2018. 

Semoga dengan pelaksanaan program ini akan membantu kerajaan dan masyarakat sivil mencapai objektif serta membantu remaja seperti berikut: 
i.‭ ‭ Memberi kesedaran kepada remaja sekolah tentang tanggungjawab sebenar ‬‬
mereka sebagai pelajar dan anak. 
ii.‭ ‭ Mengurangkan gejala dadah di kalangan remaja sekolah di kawasan bandar dan ‬‬luar bandar 
iii.‭ ‭ Membentuk ciri-ciri pemimpin di kalangan pelajar sekolah ‬‬
iv.‭ ‭ ‬‬Mengurangkan dan menangani masalah sosial di kalangan remaja sekolah terutamanya pergaulan bebas yang sekaligus membawa kepada masalah sosial yang lebih serius.





























Comments