PROGRAM KESEDARAN DIABETES BERSAMA RELA

Program Kesedaran Diabetes bersama Anggota RELA dan Penjawat Awam telah diadakan pada 15 Ogos 2019 bertempat di Dewan Serbaguna, KDN, Anak Bukit. Program ini dianjurkan oleh Diabetes Malaysia Daerah Kota Setar dan Kedah Lions Club dengan kerjasama Pejabat RELA Daerah Kota Setar. Saya dijemput menyampaikan ceramah diabetes kepada para hadirin. Selain itu, acara senamrobik dan pemeriksaan kesihatan turut diadakan. Walaupun hujan lebat dari awal pagi, sambutan daripada para peserta tetap memuaskan.













Comments