TAKLIMAT PROGRAM KEDAH DIABETES AWARENESS

Pada 5 Ogos 2019, satu program taklimat kepada petugas sukarelawan Diabetes Malaysia dari setiap daerah bagi melaksanakan Program ‘Kedah Diabetes Awareness’ telah diadakan di Hotel Seri Malaysia. Program ini akan dijalankan 33 program yang melibatkan saringan diabetes 5000 orang di 11 daerah di seluruh negeri Kedah. Dalam program taklimat ini, setiap wakil daerah menerima kit program yang terdiri daripada T-shirt, borang dan peralatan untuk penganjuran program.

Program ini menerima geran peruntukan daripada Lions Club International Foundation (LCIF) Chicago. Program khidmat masyarakat ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Diabetes Malaysia Negeri Kedah dan Kedah Lions Club.














Comments