TIGA MESYUARAT SEHARI

Pada 29 Julai 2019, saya menghadiri 3 mesyuarat perbincangan sebagai Pengerusi MCPF Daerah Kota Setar bersama pihak-pihak yang berkepentingan dalam usaha pencegahan jenayah dalam masyarakat. 

Mesyuarat pertama adalah bersama Penolong kanan dan guru-guru kaunselor SMK Tunku Abdul Rahman bagi penganjuran Program Cakna Remaja. Mesyuarat kedua bersama Ketua Pegawai AADK Kota Setar dan pegawai-pegawai AADK Kota Setar dan AADK Negeri Kedah untuk menyelaraskan beberapa program pencegahan dan rawatan pemulihan yang bakal dilaksanakan di Kota Setar. Mesyuarat ketiga adalah bersama Ketua Unit Kanak-kanak dan Pasukan Pelindung Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar. Perbincangan dijalankan bagi mengenalpasti kaedah pengurusan terbaik dalam membantu kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa jenayah sosial. 

Kesimpulannya, mesyuarat pertama adalah sebagai usaha langkah pencegahan bagi mengelakkan berlakunya kesan-kesan buruk yang dibincangkan di mesyuarat kedua dan ketiga.




Comments