KARNIVAL DEKAT DI HATI, TAMAN SETIA JAYA

Pada 6 September 2019, saya telah dijemput sebagai ahli panel forum yang bertajuk ‘Kesejahteraan Komuniti Membawa Kesepakatan' bersama panel-panel hebat sempena penganjuran Karnival Dekat Di Hati anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kota Setar di Taman Setia Jaya, Alor Setar. Antara ahli-ahli panel forum yang lain adalah Dr Ismail bin Zakaria, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Pokok Sena, En Noor Sazali bin Mansor, Pengarah LPPKN Kedah, En Zulkifli bin Din, Ketua Unit Pelindung Kanak-kanak JKM Daerah Kota Setar dan forum dipengerusikan sendiri oleh En Zaizulman Zainal Abidin, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar yang bertindak sebagai moderator. Saya berbangga dapat berkongsi pentas dan ilmu bersama ahli-ahli panel lain sebagai memberi informasi kepada hadirin bagi pembinaan komuniti yang sejahtera.





Comments