KEM SMART DAERAH KOTA SETAR 2019

Pada 23 September 2019, bertempat di Kem D'Omland, Teluk Bayu, Sungai Petani, saya telah dijemput merasmikan majlis penutupan Kem SMART (Sukses, Matang, Aktif, Rasional, Tanggungjawab) anjuran AADK Kota Setar. Program ini melibatkan penyertaan belia-belia dari sekitar Kuala Kedah, Alor Setar dan Pokok Sena. Semoga objektif program ini untuk memperkasa belia dalam menjauhi gejala dadah dapat direalisasikan melalui pengisian aktiviti-aktiviti yang bercorak rekreasi yang mampu membina ketahanan fizikal dan mental.
                                         













Comments