LIGA FUTSAL MERDEKA

Pertandingan Liga Futsal Merdeka 2019 anjuran Pergerakan Pemuda Umno Cawangan Perumahan Awam Kuala Kedah telah berlangsung dengan jayanya. Aktiviti gaya hidup sihat pada 31 Ogos ini berjaya menarik penglibatan belia-belia di sekitar Kuala Kedah dan ini dapat mengelakkan mereka daripada terlibat dengan gejala-gejala sosial yang tidak sihat. Tahniah kepada semua pemenang dan yang turut serta. Pasukan yang menjadi johan adalah pasukan yang diberi nama Bahulu Panas. Unik nama pasukan futsal ini.









Comments