MESYUARAT MCPF DAERAH KOTA SETAR BIL 1/2019

Pada 10 September 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Gunasama, Wisma Persekutuan, Jalan Kampung Baru, Alor Setar, saya telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar Bil 1/2019. Jawatankuasa MPF Daerah Kota Setar dianggotai oleh wakil-wakil agensi dari PDRM, AADK, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Pendidikan, Jabatan Belia dan Sukan, wakil media dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Selain membincangkan program-program yang bakal dilaksanakan, mesyuarat juga membincangkan isu-isu dan kes-kes yang berkaitan kebajikan dan perlindungan wanita dan kanak-kanak yang kebanyakannya berpunca daripada permasalahan dadah yang berlaku dalam Daerah Kota Setar.


Comments