PROGRAM CAKNA REMAJA SIRI 2 SMK SERI PANTAI

Program Cakna Remaja Daerah Kota Setar 2019 Siri 2 telah berlangsung pada 4 September 2019 dengan jayanya di SMK Seri Pantai, Kuala Kedah. Program ini adalah anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar dengan kerjasama : 
1. PDRM Kota Setar
2. LPPKN Kedah
3. Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar
4. AADK Daerah Kota Setar 
5. Jabatan Pendidikan Kedah
6. PIBG SMK Seri Pantai

Program pengisian telah diberikan oleh agensi jemputan iaitu LPPKN, AADK, PDRM dan Pejabat Kesihatan Daerah kepada pelajar-pelajar berisiko berkaitan kesihatan reproduktif dan HIV/AIDS, penggunaan media sosial secara bijaksana, penyalahgunaan dadah dan salahlaku jenayah oleh pelajar.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YDH ACP Mohd Rozi bin Jidin, Ketua Polis Daerah Kota Setar. Turut hadir adalah Puan Ayunizam binti Daud, Ketua Pegawai AADK Kota Setar.

Pelaksanaan program ini akan membantu kerajaan dan masyarakat sivil dalam memberi kesedaran kepada remaja sekolah tentang tanggungjawab sebenar ‬‬mereka sebagai pelajar dan anak serta mengurangkan gejala dadah dan jenayah di kalangan pelajar.

                                          
                                           




























Comments