PROGRAM CE DAN FOA KUALA KEDAH

Program Community Empowerment dan Family On Alert Kuala Kedah telah diadakan anjuran AADK Daerah Kota Setar dengan kerjasama LPPKN Kedah dan MCPF Daerah Kota Setar pada 21 September 2019 (Sabtu) bertempat di Muzium Kota Kuala Kedah.

Objektif program adalah
1- mewujudkan kesedaran di kalangan pemimpin masyarakat tentang peranan pencegahan dadah
2 - memberi informasi tentang Dasar Dadah Negara kepada masyarakat
3 - membuat profiling dan plan tindakan komuniti dalam aktiviti pembanterasan dadah
4 - mengukuhkan peranan keluarga dalam membantu kepulihan OKP
5 - membentuk komuniti terapeutik dalam masyarakat

Program ini dihadiri oleh pemimpin Rukun Tetangga, wakil PIBG sekolah-sekolah berhampiran, Orang Kena Pengawasan (OKP) dan keluarga mereka serta ahli-ahli NGO setempat seperti COMBI Kuala Kedah.

Antara program pengisian adalah ceramah oleh En Hassan Sani bin Birsani, Pegawai Penerangan LPPKN Kedah, Taklimat Dasar Dadah Negara, Profiling Kawasan, Pengupayaan Komuniti dan Plan Tindakan Komuniti oleh En Azhar Kamaruddin bin Saidin, Timbalan Pengarah, Cure &Care Centre, Kampung Selamat, Sesi Soal Jawab bersama Puan Suria Azlina binti Shaarin, Ketua Unit Pencegahan, AADK Daerah Kota Setar dan majlis perasmian penutup disempurnakan oleh saya sendiri atas kapasiti sebagai Pengerusi MCPF Daerah Kota Setar.

Semoga para hadirin mendapat maklumat dan pengetahuan baharu berkenaan pencegahan dadah yang boleh diaplikasikan dalam masyarakat. Ini sangat relevan bagi mereka sebagai pemimpin masyarakat.

                                     

                                      












Comments