PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN DIRI PDRM KEDAH

Program Kesedaran Kesihatan Diri dan Gaya Hidup Sihat telah dianjurkan pada 26 September 2019 oleh Cawangan Kaunseling, Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM Kedah dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Negeri Kedah. Program ini berlangsung di Dewan Tan Sri Khalid, IPK Kedah. Ketua Polis Kedah, YDH CP Dato' Zainuddin bin Yaacob bersama Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Polis Daerah dan warga Polis Kedah telah turut sama dalam program ini.

Ceramah berkenaan penyakit jantung koronari dan obesiti telah disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Prof Dato' Sri Dr Mohd Ramzisham Bin Abdul Rahman dan Dato' Dr Nur Ayub Bin Md Ali, yang kedua-duanya merupakan pakar bedah jantung.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada seluruh warga Polis Kedah akan kepentingan dalam menjaga kesihatan diri dan mengamalkan gaya hidup sihat. Memandangkan banyak soalan kesihatan yang dikemukakan oleh para hadirin, saya turut diminta oleh YBhg Prof untuk sama-sama membantu menjawab soalan ketika sesi soal jawab diadakan.













Comments