TOWNHALL BERSAMA PDRM DAERAH KOTA SETAR

Program 'Town Hall bertajuk : Dadah menyebabkan keganasan rumahtangga dan penganiayaan kepada kanak - kanak' telah diadakan pada 29 Ogos 2019 bertempat di Auditorium Kolej Kejururawatan Alor Setar. Program adalah anjuran IPD Kota Setar bersama MCPF Kota Setar, Kolej Kejururawatan Alor Setar dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional. 

Antara yang hadir adalah seperti berikut :
Ahli Panel 1.Supt Mohd Redzuan Bin Salleh - Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar
Puan Fakriah Bt Abd Rashid - Pengetua Kolej Jururawat Alor Setar Kedah
Ahli Panel 2. Dr Zaki Zamani Bin Abd Rashid - Pengerusi MCPF Daerah Kota Setar
Ahli Panel 3 : Dr Nurul Azri Bin Mat Rejab - Ketua Unit Kesihatan dan Pekerjaan Hospital Sultanah Bahiyah
Ahli Panel 4: Dr Nafisah Bt Mahmud Pathi - Pegawai Perubatan Unit Kesihatan Dan Pekerjaan Hospital Sultanah Bahiyah
Moderator Zaizulzaman Bin Zainal Abidin - Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar
Semua Ketua Bahagian/Ketua Balai/Pegawai Awam IPD Kota Setar dan 200 Pelajar Kejururawatan, kakitangan Kolej ILKKM Alor Setar dan masyarakat awam

Program bual bicara ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar pelajar dan jemputan berkaitan bagaimana dadah dapat memberi kesan buruk kepada keluarga dan kanak-kanak. Program ini juga adalah bertujuan untuk berkongsi buah fikiran dalam mencari jalan supaya masalah tersebut dapat ditangani bersama.

                                        













Comments