BENGKEL SKUAD SEJAHTERA JIRAN MUDA KRT TAMAN UTAMA

Pada 12 Oktober 2019, atas jemputan Pejabat Perpaduan Daerah, saya telah merasmikan Bengkel Skuad Sejahtera Jiran Muda KRT Taman Utama. Skuad ini berjaya melaksanakan projek inovasi rostrum pasang siap menggunakan bahan-bahan guna semula hasil kreativiti belia-belia di taman ini. Aktiviti-aktiviti yang bercorak inovasi seperti ini dapat menarik minat golongan belia dan seterusnya menjadi faktor pelindung daripada gejala-gejala yang tidak sihat. Tahniah KRT Taman Utama. Turut hadir Tuan Mohamed Zaizulman bin Zainal Abidin, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar.

                                   















Comments