LATIHAN KAWAD OPERASI BOMBA KOMUNITI

Program latihan kawad operasi pemadaman dan penyelamatan Bomba Komuniti Pekan Kuala Kedah telah diadakan pada 26 Oktober 2019 di Dewan Kg Tengah, Kuala Kedah. Program ini dikendalikan oleh pihak Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Alor Setar. Pengisian program meliputi teknik CPR dan pertolongan cemas oleh pihak EMRS Balai Bomba Negeri serta penggunaan alat pemadam api.

Saya juga berpeluang memakai pakaian kalis api dan ‘breathing apparatus’. Sememangnya bukan mudah menjadi seorang pegawai bomba, memakai peralatan sebegitu mengharungi api menyala, asap kebakaran dan gas berbahaya serta sanggup bertarung nyawa demi khidmat kepada rakyat.

Program telah dirasmikan oleh PjKB Tuan Wan Hamizi bin Wan Zain, Ketua Zon 1, Balai Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah. Saya sebagai Pengerusi Pasukan Bomba Komuniti Pekan Kuala Kedah turut menerima sijil penubuhan pasukan bomba komuniti ini. Semoga program ini dapat memberi sedikit ilmu kepada orang-orang kampung ahli bomba komuniti dalam memberi pertolongan cemas yang boleh menyelamatkan nyawa ahli keluarga dan masyarakat.






















Comments