PROGRAM SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-10 COMBI KUALA KEDAH

Program Kempen Kesedaran Denggi dan Sambutan 10 tahun COMBI Kuala Kedah telah diadakan pada 5 Oktober 2019 bertempat di Sekolah Kebangsaan Haji Ismail, Kuala Kedah. Saya dijemput menyampaikan ceramah tentang demam denggi dan chikungunya kepada ahli-ahli Combi dan masyarakat setempat. Saya menggunakan slaid yang sama ketika program penubuhan Combi 10 tahun lepas. Combi adalah singkatan ‘Communication for Behavioural Impact’ merupakan satu program sukarelawan masyarakat untuk pencegahan denggi anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia. Pasukan Combi Pekan Kuala Kedah telah ditubuhkan hasil inisiatif saya pada 2009 meliputi 4 lokaliti iaitu Kg Tengah, Kg Tok Pasai, Kg Balai dan Kg Kompleks.

Sebagai salah seorang pengasas dan kini sebagai penasihat Pasukan Combi Kuala Kedah, saya bersyukur dan mengagumi komitmen yang ditunjukkan oleh ahli-ahli Combi sepanjang 10 tahun lepas. Mereka berkhidmat dengan penuh semangat sukarela tanpa sebarang ganjaran demi kesihatan masyarakat. 10 tahun bukanlah satu jangkamasa yang singkat. Hanya dengan sifat sedia berkhidmat yang konsisten dan semangat pengorbanan tinggi sahaja ia dapat dilakukan. Tahniah semua ahli Combi Kuala Kedah.

                                      






























Comments