SAHABAT AL-QURAN YANG SETIA


Inilah pengakhiran yang dicemburui. Pada 14 Oktober 2019, Allahyarham Haji Abdullah Sirajuddin bin Ahmad telah pulang ke rahmatullah ketika sedang mengajar Al-Quran di Masjid Wadihana, Mergong. Allahyarham adalah mantan Penghulu Kuala Kedah dan merupakan sahabat baik arwah ayahanda saya. Banyak nasihat beliau kepada saya masih saya ingati sehingga ke hari ini. Beliau juga membantu dalam urusan permohonan biasiswa pelajaran saya dahulu. Alhamdulilah saya berkesempatan juga menziarahi beliau buat kali terakhir. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-fatihah.


https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/10/617933/meninggal-dunia-selepas-selesai-mengajar-al-quran?fbclid=IwAR0xImsf460VPtFE-JL1QIBLofrhk7XDNKoLx8EczGho7vWdkgm0ec6dJew

Comments