TAKLIMAT DAN OUTREACH PROJEK RINTIS KUALA KEDAH

Program outreach bersama AADK Kota Setar di beberapa rumah sekitar Taman Seri Pantai, Kuala Kedah telah diadakan pada 18 Oktober 2019. Di samping menyampaikan sumbangan, risalah tentang jenis-jenis dadah dan pemerkasaan komuniti turut disampaikan untuk bacaan ahli-ahli keluarga.
Sebelum itu, taklimat projek rintis Kuala Kedah telah diberikan kepada pemimpin-pemimpin masyarakat dan NGO setempat supaya memudahkan penglibatan mereka dalam program-program yang akan dirancang selepas ini.











Comments