BENGKEL TRAINING OF TRAINERS KUALA KEDAH

Pada 8 November 2019, bertempat di Muzium Kota Kuala Kedah, AADK Daerah Kota Setar telah menganjurkan Bengkel Training of Trainers (ToT). Bengkel ini dihadiri oleh pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan di Kuala Kedah yang terdiri daripada pemimpin KRT, NGO, penghulu dan aktivitis-aktivis masyarakat. Mereka adalah pihak yang berada di barisan hadapan dalam memerangi dadah dalam kawasan.
Antara pengisian program adalah ceramah daripada Tuan Adzhar Kamaruddin bin Saidin, Timbalan Pengarah CCRC Kg Selamat dan Dr Omar bin Ali, Pakar Perunding Psikiatri, Hospital Sultanah Bahiyah. Dalam ucapan perasmian penutup, saya menyatakan pemerkasaan komuniti adalah kunci kejayaan jihad membanteras dadah ini.






Comments