CERAMAH MUAFAKAT NASIONAL TAMAN KOTA NELAYAN

Program Ceramah Muafakat Nasional diteruskan pula di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah pada 3 November 2019. Saya berucap mewakili UMNO Bahagian Kuala Kedah dan Ustaz Dr Ahmad Fakhruddin bin Sheikh Fakhrurazi sebagai YDP PAS Kawasan Kuala Kedah turut berucap. Program ini menampilkan dua penceramah jemputan dari Pokok Sena iaitu YB Wan Romaini bin Wan Salim, ADUN Bukit Pinang dan Saudara Noran Zamini bin Jamaluddin, Naib Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena. Tahniah ahli-ahli UMNO dan PAS cawangan tuan rumah yang berjaya menganjur program ceramah ini.










Comments