KEM OKP MANTAP 2019

Kem OKP MANTAP (Motivasi Anak Negara Transformasi Anjakan Pemulihan) telah berlangsung pada 1hb dan 2hb November 2019 bertempat di Teratak Malinja, Wang Tepus, Jitra, Kedah. Program ini melibatkan penganjuran bersama agensi-agensi berikut :
1. Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD)Daerah Kota Setar
2. Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar
3.Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Bahiyah
4.AADK Daerah Kota Setar
5.Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
6.Lembaga Pelawat Psikiatri, Hospital Sultanah Bahiyah

Seramai 30 orang peserta yang hadir terdiri daripada Orang Kena Pengawasan (OKP) di bawah seliaan AADK Daerah Kota Setar. Mereka ini berumur bawah 30 tahun, pengguna methamphetamine dan tidak mempunyai gejala psikosis. Antara program pengisian adalah :
1.Ceramah Penagihan dan Kesannya oleh Dr Omar bin Ali, Pakar Perunding Psikiatri ( Perubatan Ketagihan) merangkap Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Bahiyah
2.Ceramah Mindfulness oleh Puan Jasmah binti Md Hassan, Pegawai Psikologi Klinikal, Hospital Sultanah Bahiyah
3.Ceramah Hitam Putih Kehidupan oleh Tuan Adzhar Kamaruddin bin Saidin, Timbalan Pengarah CCRC Kg Selamat
4.Ceramah Kerohanian oleh Sheikh Yusoff bin Haji Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Kedah
5.Program Penghayatan Alam (Jungle Trekking)
6.Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
7.Majlis Perasmian Penutupan oleh En Haffizie bin Yahya, Ketua Pegawai AADK Daerah Kota Setar

Program ini inisiatif pertama dalam membantu kepulihan pengguna methamphetamine kerana penagihan methamphetamine tidak mempunyai rawatan penggantian seperti methadone untuk pengguna opiate. Oleh itu, dengan menggunakan kepakaran perubatan ketagihan dari Hospital Sultanah Bahiyah, program ini menumpukan kaedah pemulihan melalui psikologi dan kaunseling iaitu menggunakan kaedah Motivational Interviewing Therapy (MIT) dan Cognitive Behavioural Therapy (CBT).

Program ini adalah satu inisiatif permulaan untuk membantu kepulihan OKP-OKP yang terlibat dengan syabu. Bagi saya OKP ini sewajarnya dimaksudkan sebagai ‘Orang Kena Pulih’. Saya berasa sebak pada akhir program apabila salah seorang OKP meminta saya mendoakan kepulihannya. Mereka ini adalah insan-insan yang boleh berubah dan berpotensi besar. Mereka tersilap pilih jalan dan menyimpang seketika dari jalan yang betul. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membimbing mereka dengan menunjukkan jalan yang benar. Masyarakat harus menyayangi mereka dan jangan sisihkan mereka lagi. Saya yakin mereka mampu berjaya menjadi insan yang berguna.

                                      














Comments