PROGRAM SAYANGI KOMUNITI KUALA KEDAH

Program Sayangi Komuniti yang diadakan pada 8 November 2019 di Muzium Kota Kuala Kedah telah mendapat sambutan yang meriah daripada penduduk setempat. Pelbagai acara diadakan iaitu sukaneka kanak-kanak, peraduan mewarna, demonstrasi solekan, gunting rambut percuma dan pertandingan gubahan. Lebih 100 hadiah dan cabutan bertuah disediakan. Boleh dikatakan tiada sesiapa yang pulang tangan kosong. Turut bersama dalam majlis penyampaian hadiah adalah Puan Suria Azlina Shaarin, Ketua Unit Pencegahan AADK Kota Setar dan En Azhar Mohamad Noor, Ketua Muzium Kota Kuala Kedah. Program ini adalah salah satu inisiatif pencegahan dadah melalui Program Rintis Kuala Kedah. Terima kasih AADK Kota Setar.













Comments