SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1441H

Pada 9 November 2019 bersamaan 12 Rabiulawal 1441H, telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran PAS Cawangan Alor Ibus bersama masyarakat setempat dan pelajar-pelajar maahad tahfiz. Program dimulakan dengan perarakan sambil berselawat dari Masjid Alor Ibus ke PASTI Alor Ibus. Kemudian para hadirin mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad bin Abdul Rahman, Ketua Urusan Dewan Ulama PAS Kawasan Kuala Kedah. Program turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin UMNO cawangan Alor Ibus dan cawangan-cawangan yang berdekatan.

Saya juga turut berkesempatan menghadiri jamuan Maulidur Rasul di Surau Al-Khiriah Batas Paip dan Masjid Putra Kuala Kedah selepas itu. Semoga sambutan Maulidur Rasul tahun ini akan menjadikan kita lebih mengingati dan kasih kepada Rasulullah saw dan sentiasa berusaha meneladani sunnah, akhlak dan kebijaksanaan Baginda.











Comments