CERAMAH MUAFAKAT NASIONAL KAMPUNG MASJID LAMA

Pada 16 Disember 2019 telah berlangsung Ceramah Muafakat Nasional di Kampung Masjid Lama, Kuala Kedah bersama YB Dr Azman Ibrahim, Exco Kerajaan Negeri Terengganu, YBhg Dato’ Wira Othman Aziz, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah dan YB Mejar Mansor Zakaria, ADUN Kuala Ketil. Isu-isu yang disentuh adalah perkara-perkara yang berkaitan nasib nelayan dan petani yang sangat relevan bagi penduduk Kuala Kedah. Kampung Masjid Lama adalah lokaliti termasuk dalam PDM Kampung Tengah yang merupakan PDM saya.




Comments