DETIK-DETIK BERMAKNA 2019

Tahun 2019 boleh dikatakan satu tahun yang sangat aktif bagi saya. Pelbagai program dan aktiviti telah berjaya dirancang dan dilaksanakan sepanjang tahun dengan menggunakan pelbagai platform. Ini dapat dilihat sendiri berdasarkan penulisan saya berkenaan pengisian aktiviti saya dalam blog ini yang mencecah lebih 230 hantaran. Tahun 2019 menyaksikan saya menerima beberapa tanggungjawab baharu untuk meneruskan perkhidmatan dalam komuniti. Salah satu daripadanya adalah sebagai Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar dan Ahli Jawatankuasa MCPF Negeri Kedah. Oleh itu, banyak program pencegahan jenayah telah dianjurkan bersama pihak PDRM dan kebanyakannya dirangkumkan sekali bersama AADK atas kapasiti saya sebagai ikon AADK dan Ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah. Selain itu, saya turut dipilih untuk penggal ketiga berturut-turut untuk meneruskan khidmat sebagai Timbalan Pengerusi Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Kedah. Amanah-amanah lain sebagai Pengerusi Lembaga Pelawat Psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah, Pengerusi Pasukan Bomba Komuniti Kuala Kedah dan Pegawai RELA Bersekutu/Kehormat serta NGO-NGO lain akan ditunaikan sebaik-baiknya dengan menggunakan segala sumber yang ada. 

Dalam bidang politik pula, ini adalah tahun kedua saya memegang tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah. Saya berpuas hati kerana berkesempatan menghadiri lebih daripada 50 persidangan tahunan UMNO cawangan dalam Parlimen Kuala Kedah pada tahun ini. Ketika dalam situasi politik negara yang makin caca marba ini, saya melihat sudah menjadi keperluan untuk turun padang berjumpa secara terus dan memberi penjelasan kepada ahli akar umbi tentang isu-isu politik semasa. Perkembangan gerak kerja agenda Muafakat Nasional bersama PAS Kawasan di Parlimen Kuala Kedah juga sedang berjalan dalam landasan yang tepat dengan penganjuran program yang menunjukkan persefahaman dan kerjasama yang jitu.

Tahun 2020 bakal menjanjikan lebih banyak cabaran. Tanggungjawab memimpin masyarakat bukanlah satu usaha yang mudah. Walaupun berbekal pengalaman dalam pertubuhan belia, NGO dan perkhidmatan awam, cabaran yang mendatang pastinya menuntut kepada ketahanan fizikal, mental dan spiritual yang lebih mapan. Pembacaan buku-buku perlu diperluaskan dan jalinan sosial harus diperkuat bagi memperoleh idea-idea baharu untuk dilaksanakan dalam bentuk program masyarakat yang mampu memberi manfaat kepada golongan sasar. Inilah pemikiran yang perlu ada bagi seorang yang mahu menjadi pemimpin yang meletakkan bakti kepada agama, bangsa dan negara sebagai satu perjuangan hidup.

''Never doubt that a small group of thoughtful, committed citizens can change the world; indeed, it's the only thing that ever has.'' 
Margaret Mead

SELAMAT TAHUN BAHARU 2020

Berikut adalah rumusan bergambar program-program saya sepanjang tahun 2019 :

Bersama Dato' Seri Ahmad Maslan di Program Penerangan UMNO Negeri Kedah

Mesyuarat MCPF Kedah bersama Timbalan Ketua Polis Kedah

Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah di Pulau Langkawi

Bersama Bossku di Pulau Langkawi

Pertama kali berucap di pentas PAS di Sungai Baru Gunong

MoU bersama Kedah Lions Club untuk penganjuran Kedah Diabetes Awareness Program 2019

Ceramah kepada pelatih Asrama Akhlak Pokok Sena

Program pemeriksaan kesihatan di PRK Semenyih

Persidangan Tahunan UMNO Kg Komplek

Kem SHIELDS AADK Kota Setar

Majlis Santapan Malam GPMS

Makan malam RELA Kehormat/Bersekutu bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah

Program Community Empowerment bersama AADK di Klinik Kesihatan Simpang Empat

Program Pemeriksaan Kesihatan di PRK Rantau

Sambutan Ulangtahun Pertama Pusat Dialisis Al-Hayat

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Permatang Bongor

Mesyuarat Agung Tahunan Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Kedah

Ziarah pusara Allahyarham Muhammad Adib di Tebengau bersama Dato' Seri Najib. Semoga keadilan dapat ditegakkan.

Perasmian Kedah Spectrum Run 2019 oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kedah

Bersama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato' Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Mesyuarat Kolaborasi NGO bersama Timbalan Ketua Pengarah AADK Malaysia

Tazkirah Ramadan di Surau Perumahan Awam Kuala Kedah oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Majlis Sentuhan Kasih Ramadan 1440H

Berbuka puasa bersama anak yatim

Sambutan Hari Lahir

Ziarah Kasih Ramadan OKP AADK


Jamuan Aidilfitri PAS Kawasan Kuala Kedah

Jamuan Hari Raya RELA Kedah bersama Timbalan Ketua Pengarah RELA Malaysia

Kunjungan hormat Ketua Polis Daerah Kota Setar


Kunjungan hormat Pengarah AADK Kedah

Menerima sijil perlantikan Pengerusi MCPF Kota Setar daripada Tan Sri Lee Lam Thye

Program Ramah Mesra Timbalan Presiden UMNO

Kunjungan hormat Ketua Polis Negeri Kedah

Ceramah kepada guru-guru kaunselor Daerah Kota Setar

Makan tengah hari bersama Timbalan Ketua Polis Kedah

Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah oleh Presiden UMNO

Program Cakna Remaja Daerah Kota Setar dirasmikan Tuan Kamal Affandi di Sekolah TAR

Program Kesedaran Diabetes untuk Anggota RELA

Menyelamatkan seorang remaja 13 tahun yang terlibat dengan syabu. Kisah ini mendapat lebih 70 ribu views di laman Facebook saya

Pertandingan Futsal Merdeka Pemuda Perumahan Awam

Kem PINTAR AADK

Forum Dadah bersama PDRM Kota Setar

Forum Masyarakat Sejahtera anjuran Jabatan Perpaduan

Program Cakna Remaja Daerah Kota Setar dirasmikan Ketua Polis Daerah di Sekolah Seri Pantai, Kuala Kedah

Program Sayangi Komuniti AADK di Muzium Kota Kuala Kedah

Kem SMART AADK

Bersama AJK PAS Kawasan Kuala Kedah Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC

Perhimpunan Muafakat Nasional Negeri Kedah

Sambutan Ulangtahun COMBI Kuala Kedah yang ke-10

Kuliah Maghrib Kesihatan di Masjid Al-A'la

Ceramah anti dadah di SK Kangkong

Perasmian Skuad Sejahtera Taman Utama

Majlis Mahabbah UMNO-PAS Parlimen Kuala Kedah

Penubuhan Pasukan Bomba Komuniti Pekan Kuala Kedah

Forum Keselamatan Kanak-kanak anjuran JKM Kedah

Ceramah Muafakat Nasional di Taman Kota Nelayan

Kem OKP Mantap AADK dan Jabatan Psikiatri

Bengkel ToT untuk pemimpin masyarakat Kuala Kedah

Kuliah Maghrib Kesihatan di Masjid Sharifah Fatimah

Sambutan Maulidur Rasul di Alor Ibus

Breathing apparatus Pasukan Bomba dan Penyelamat

Mencuba dan terus mencuba, peperiksaan MRCP Ireland

Program Kesedaran Diabetes PDRM-MCPF Kedah dirasmikan oleh Ketua Polis Kedah

Kelab Timbalan Ketua UMNO Bahagian di Perhimpunan Agung UMNO 2019

 Perhimpunan Agung UMNO 2019

Sembang Santai bersama Ketua Pengarah AADK di Muzium Kota Kuala Kedah

Comments