FORUM KESELAMATAN KANAK-KANAK

Forum Keselamatan Kanak-kanak sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2019 Peringkat Negeri Kedah telah berlangsung pada 24 Oktober 2019 bertempat di Arena Futsal, Mergong, Alor Setar, Kedah.

Forum yang bertajuk ‘Kesejahteraan Kanak-kanak Tanggungjawab Bersama’ ini dikendalikan oleh saya sebagai moderator atas kapasiti sebagai Pengerusi MCPF Daerah Kota Setar bersama ahli-ahli panel hebat iaitu Ustaz Haji Nurul Aswar bin Nasron, Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Muda; Dr Mohd Affendi bin Hashim, Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja Hospital Sultanah Bahiyah; ASP Doreen Chee Choon Lee, Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM Kedah dan Mejar (B) Ismail bin Feisol, Koordinator Parlimen Alor Setar

Program forum ini melibatkan 300 orang terdiri daripada pelajar Tahun 5 hingga Tingkatan 3, guru-guru, pasukan perlindungan kanak-kanak dan sukarelawan JKM.

Antara topik yang dibincangkan dalam forum ini adalah :
1.Peranan dan kuasa JKM berdasarkan Akta Kanak-kanak 2001
2.Ciri-ciri untuk menjadi insan yang bertanggungjawab dan berguna kepada masyarakat dan negara
3.Masalah sosial berkaitan keselamatan kanak-kanak
4.Isu-isu berkaitan kesihatan mental remaja dan kanak-kanak serta cara mengenali simptom-simptomnya
5.Gejala tingkah laku bunuh diri di kalangan remaja
6. Jenayah siber seksual dan salah laku jenayah yang melibatkan pelajar sekolah.

Selain segmen forum keselamatan kelolaan MCPF Kota Setar, program lain yang turut diadakan adalah Pertandingan Futsal Kanak-kanak Peringkat Negeri Kedah, Fun Walk Kempen Keselamatan Kanak-Kanak dan Aktiviti Interaktif Kanak-kanak oleh Bahagian Psikologi dan Kaunseling, JKM Kedah. Tahniah JKM Daerah Kota Setar dan JKM Negeri Kedah atas kejayaan program ini.

                                      










Nota : Program ini saya terlepas pandang dan tidak dimasukkan dalam blog ini pada bulan Oktober 2019 

Comments