MESYUARAT DM KEDAH BIL 3/2019

Mesyuarat Jawatankuasa Diabetes Malaysia Negeri Kedah yang terakhir untuk tahun 2019 telah diadakan pada 26 Disember 2019 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar. Dalam mesyuarat ini, setiap cawangan Diabetes Daerah membentangkan pelaksanaan Program Kesedaran Diabetes Kedah yang telah dijalankan setakat ini. Semoga sasaran saringan diabetes 5 ribu orang masyarakat awam dan 33 program di 11 daerah di Negeri Kedah akan berjaya dicapai sehingga tarikh akhir pertengahan Januari 2020. Dalam mesyuarat ini juga, saya mencadangkan beberapa inisiatif baharu yang boleh diusahakan oleh setiap cawangan daerah bagi menambah jumlah keahlian persatuan masing-masing.






Comments