PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2019

Perhimpunan Agung UMNO 2019 yang berlangsung pada 6 dan 7 Disember 2019 menyaksikan pindaan perlembagaan yang cukup signifikan untuk memastikan UMNO terus relevan dalam arus politik negara. Antara pindaan baharu yang penting adalah menggubal fasal yang meletakkan UMNO sebagai parti politik yang lebih utama dalam mendukung cita-cita Islam, menurunkan had umur keahlian kepada 16 tahun, meletakkan Ketua Wanita UMNO sebagai bertaraf Timbalan Presiden, mewajibkan perlantikan 4 orang (2 lelaki dan 2 wanita) di bawah umur 30 tahun sebagai AJK Bahagian dan memberi kuasa autonomi kepada UMNO Sabah. Presiden juga menggariskan UMNO perlu mengamalkan politik ketahanan dan politik berimbang sesuai dengan situasi sebagai parti pembangkang dan perlaksanaan agenda Muafakat Nasional.















Comments