PROGRAM SEMBANG SANTAI KETUA PENGARAH AADK

Program Sembang Santai Ketua Pengarah AADK Malaysia, YDH CP Dato’ Sri Zulkifli bin Abdullah bersama komuniti Kuala Kedah telah diadakan pada 8 Disember 2019 bertempat Perkarangan Muzium Kota Kuala Kedah.

Program dialog ini diadakan bersama pemimpin komuniti Kuala Kedah, pemimpin NGO dan pertubuhan belia serta wakil-wakil jabatan dan agensi. Panel program dialog turut menampilkan YDH DCP Dato’ Muhammad Azlee bin Abdullah, Timbalan Ketua Polis Kedah.

Saya sebagai Ikon AADK Kota Setar turut berucap menceritakan gerak kerja pembanterasan dadah yang telah dijalankan semenjak 2015 yang sebelum ini dilaksanakan melalui inisiatif program pembangunan Kuala Kedah Lestari dan Program Perangi Dadah Habis-habisan.

Penganjuran program ini bermatlamat memberi peluang kepada komuniti Kuala Kedah untuk menerima mesej secara terus tentang perlaksanaan Program Rintis dan Pelencongan Sosial Kuala Kedah daripada YDH Dato’ Seri Ketua Pengarah AADK. Ia juga menyediakan platform komunikasi dua hala untuk para pemimpin komuniti untuk berkongsi pandangan dan idea-idea baharu dengan pihak kepimpinan tertinggi AADK.

                                     


















Comments