TOKOH SEJARAWAN TERBILANG

Alhamdulilah saya sangat bertuah kerana berkesempatan menziarahi tokoh sejarawan Kedah yang terbilang, Dato’ Wira (Dr) Wan Shamsudin bin Mohd Yusof di kediaman beliau, Teratak Hamka. Walaupun pada usia 88 tahun, memori beliau sangat baik dalam mengingati naratif dan tarikh peristiwa-peristiwa bersejarah. Di Teratak Hamka ini tersimpan banyak buku dan dokumen yang menjadi bahan rujukan penting yang menjadi sumber legasi sejarah Negeri Kedah. Semoga Dato’ Wira sentiasa dirahmati dan dikurniakan kesihatan yang baik.




Comments