PROGRAM SUMBANGAN BUAH LIMAU DUN ANAK BUKIT

Program sumbangan buah limau sempena Tahun Baharu Cina di kawasan DUN Anak Bukit telah diadakan pada 23 Januari 2020 di sekitar Taman Aman, Pantai Johor dan Gunong anjuran Muafakat Nasional Parlimen Kuala Kedah. Saya bersama Timbalan YDP PAS Kuala Kedah, Ustaz Hamdi Ishak turut serta dalam program ramah mesra bersama masyarakat Cina ini yang melibatkan lebih 300 buah rumah. Terima kasih diucapkan kepada Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO serta Dewan Muslimat dan Pemuda PAS Kuala Kedah yang turut sama membantu menjayakan program ini. Program ini dijalankan serentak melibatkan ketiga-tiga DUN dalam Parlimen Kuala Kedah.









Comments