BENGKEL PENYELIDIK MUDA UMNO KEDAH

Sesi bengkel penyelidik muda bersama YB Dato’ Seri Ahmad bin Maslan, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pontian telah diadakan pada 1 Februari 2020 di Pejabat UMNO Negeri Kedah. Bengkel ini diadakan bagi memberi peluang kepada para penyelidik muda ini untuk mendengar perkongsian YB Tok Mat tentang bagaimana mahu menjadi pembahas yang berfakta. Seperti yang diketahui umum, Tok Mat adalah antara Ahli Parlimen yang terbaik dari segi mengemukakan hujah perbahasan yang bernas di Dewan Rakyat. Tahniah diucapkan kepada YB Dato’ Suraya Yaacob dan YB Dato’ Sabrina Mohd Noor di atas inisiatif ini.
                                     











Comments