HADK NEGERI KEDAH 2020

Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan (HADK) Peringkat Negeri Kedah 2020 telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Seri Pantai, Kuala Kedah pada 25 Februari 2020. Pelbagai acara diadakan seperti pameran dan Bas Prihatin, senamrobik, sudut lanskap, lukisan geometri, pertandingan sukaneka, wewarna dan persembahan buskers. 

Program HADK ini dirasmikan oleh Puan Rohayu binti Ahmad, Pengarah AADK Negeri Kedah. Wakil JPN, PPD Kota Setar, Pengarah Puspen Karangan, Pengarah Puspen Serdang, Pengarah PLAK, Pegawai Kanan AADK Kedah dan semua Ketua Pegawai AADK Daerah di Kedah turut hadir memeriahkan majlis bersama pelajar-pelajar SK Seri Pantai. Terima kasih AADK Kedah kerana memilih Kuala Kedah sebagai tuan rumah.

                                         
                                          








Comments