PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO CAWANGAN 2020

Pada 27 Februari 2020, telah berlangsung Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan Cawangan UMNO Bahagian Kuala Kedah 2020. Saya merasmikan majlis mewakili Dato’ Ketua UMNO Bahagian. Saya rasa bersemangat melihat komitmen pemimpin-pemimpin akar umbi yang masih setia sejak kekalahan UMNO pada PRU 14 sehingga ke saat ini.

Saya menggariskan UMNO memerlukan ahli-ahli yang mempunyai kualiti kehebatan perdana (primary greatness) iaitu mengutamakan integriti, kesetiaan, khidmat, sumbangan dan pengorbanan, jika mahu bangkit semula sebagai sebuah parti perjuangan. Kuasa, pangkat, jawatan dan kekayaan peribadi hanya sebagai perkara sekunder (secondary) dalam memberi erti keikhlasan dalam berjuang. Saya juga meminta para pemimpin cawangan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan untuk Parlimen dibubarkan dan PRU 15 diadakan.







Comments