JERAYAWARA IKON ANTI DADAH @ KUALA KEDAH

Program Jerayawara Ikon Anti Dadah @ Kawasan Rintis Kuala Kedah telah berlangsung di SMK Seri Pantai, Kuala Kedah pada 10 Mac 2020 sempena Hari Anti Dadah Kebangsaan dan Kuala Kedah sebagai salah satu kawasan projek rintis pencegahan pelencongan sosial. Dalam roadshow ini, telah ditampilkan kumpulan Floor 88 sebagai Ikon AADK Malaysia untuk menyampaikan mesej anti dadah dan sebagai satu daya tarikan kepada pelajar-pelajar sekolah ini. Saya turut hadir atas kapasiti sebagai Ikon AADK Daerah Kota Setar. 

Selain persembahan Floor 88, aktiviti permainan dan pameran daripada Pusat Giat Mara, Jabatan Pertahanan Awam, Jobs Malaysia dan Institut Latihan Perindustrian juga diadakan. Program ini dirasmikan oleh Puan Siti Mariam binti Mursidan, Pengarah Pencegahan AADK Malaysia.

                  













Comments