MESYUARAT JAWATANKUASA MCPF KEDAH BIL 2/2020

Mesyuarat Jawatankuasa Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Negeri Kedah telah diadakan pada 4 Mac 2020 di Bilik Mesyuarat, IPK Kedah. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YDH DCP Dato’ Muhammad Azlee bin Abdullah, Timbalan Ketua Polis Kedah. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua-ketua Polis Daerah dan semua pengerusi MCPF Daerah. Saya sebagai Pengerusi MCPF Daerah Kota Setar membentangkan program-program yang dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2020. Antaranya Program Cakna Remaja, Jerayawara Pencegahan Jenayah, Run From Drugs, Kem OKP Mantap dan Seminar Perubatan Penagihan.

Turut hadir adalah YDH SAC Che Zamani bin Che Awang, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), PDRM Kedah merangkap Naib Pengerusi MCPF Kedah. Ketua Polis Kedah, YDH CP Dato’ Zainuddin bin Yaacob yang masih dalam cuti sakit turut sudi hadir bergambar kenangan bersama kami semua. Respek.

                                      











Comments