PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT


Putrajaya : Setiap rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat menerima manfaat dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion bagi menangani kesan wabak Covid-19 yang diumumkan Perdana Menteri sebentar tadi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pakej berkenaan terdiri daripada RM128 bilion untuk kebajikan rakyat, RM100 bilion bagi menyokong perniagaan dan RM2 bilion untuk memperkukuhkan ekonomi, selain RM20 bilion dalam pakej terdahulu.

“Seperti yang saya katakan, tiada orang akan tercicir,” katanya.

Muhyiddin berkata, Kementerian Kesihatan yang menjadi pejuang barisan hadapan negara berdepan Covid-19 menerima peruntukan tambahan RM1 bilion iaitu tambahan kepada RM500 juta yang telah diumumkan sebelum ini.

Katanya, setiap doktor, jururawat dan petugas kesihatan menerima kenaikkan elaun khas daripada RM400 kepada RM600 sebulan bermula 1 April sehingga pandemik Covid-19 berakhir.

Sementara itu, pasukan keselamatan yang turut terlibat secara langsung berdepan Covid-19 menerima elaun khas RM200 iaitu anggota polis, tentera, imigresen dan Rela serta semua yang terlibat.

Pelbagai jenis bantuan turut disediakan untuk rakyat tidak kira dalam kategori miskin, B40 atau M40 semuanya mendapat manfaat.

Berikut adalah perkara-perkara dalam pakej tersebut:

RM250 sebulan bagi anggota kastam, imigresen dan Rela yang terbabit dalam perintah kawalan pergerakan (PKP) mulai 1 April ini.

Bayaran “one-off” berjumlah RM10 bilion bagi golongan M40, petani dan perniagaan kecil-kecilan dalam sektor swasta, peneroka Felda serta nelayan.

RM1,600 untuk empat juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah dengan RM1,000 dibayar pada April dan RM600 pada Mei.

RM800 untuk 3 juta rakyat berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapat RM2,000 dan ke bawah, dengan RM500 dibayar bulan depan dan RM300 pada Mei.

RM1,000 untuk 1.1 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 hingga RM8,000, dengan RM500 dibayar bulan depan dan bakinya pada Mei.

RM500 untuk 400,000 orang bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan RM2,000 hingga RM4,000, dengan RM250 dibayar bulan depan dan RM250 lagi pada Mei.

Bayaran “one-off” RM200 pada Mei untuk pelajar di institusi pengajian tinggi.

RM25 juta untuk makanan dan tempat perlindungan bagi warga emas, orang kelainan upaya dan Orang Asli, dengan kerjasama bersama NGO.

Moratorium selama 6 bulan untuk bayaran balik pinjaman PTPTN dan PTPK.

Pengecualian sewa selama 6 bulan bagi penduduk PPR.

Pesakit di bawah skim MySalam boleh menuntut RM50 sehari selama 14 hari. Ini juga diberikan kepada mereka yang dikuarantinkan kerana Covid-19.

Golongan B40 di bandar dikecualikan membayar sewa selama 6 bulan. Jumlah keseluruhan RM3 juta akan ditanggung kerajaan.

Pengecualian sewa bagi bangunan milik kerajaan selama 6 bulan mulai April.

RM600 sebulan selama 3 bulan bagi pekerja berpendapatan di bawah RM4,000.

Majikan tidak dibenarkan memotong gaji pekerja yang berpendapatan kurang RM4,000 sebulan. Ini akan memanfaatkan 3.3 juta pekerja melalui peruntukan sebanyak RM5.9 bilion.

Bayaran “one-off” RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing yang berjumlah RM60 juta.

RM110 juta untuk membayar gaji lebih 80,000 pekerja kontrak dalam perkhidmatan pembersihan dan katering di sekolah, universiti dan institut latihan awam serta agensi kerajaan lain. Kerajaan bersetuju melanjutkan kontrak mereka sebulan lagi sebagai ganti kepada PKP.

Dana khas RM8 juta diwujudkan untuk industri insurans dan takaful bagi menanggung kos ujian saringan kesihatan oleh pemegang polisi dan takaful perubatan di hospital swasta dan makmal berharga RM300 setiap seorang.


Alhamdulilah. Inilah kerajaan yang prihatin kepada kebajikan rakyat ketika negara dilanda musibah wabak Covid-19. Terima kasih YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Perikatan Nasional.

Comments