PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID-19

Pada 18 Mac 2020, bersempena hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak Covid-19, saya telah dijemput untuk menjadi panel Sembang Kopi O FB live UMNO Kedah bagi mengulas perkara ini. Antara mesej yang ingin saya sampaikan adalah :

1. Perintah kawalan pergerakan adalah kaedah terbaik untuk kita memutuskan rantaian jangkitan Covid-19

2. Rakyat jangan panik, jangan kalut, jangan buat pembelian panik. Situasi masih terkawal, rakyat perlu kekal tenang.

3. Duduk diam-diam di rumah, elakkan tempat orang ramai, hadkan pergerakan untuk urusan penting sahaja. Jangan balik kampung.

4. Amalkan kaedah penjagaan kesihatan diri seperti cuci tangan dan penggunaan facemask.

5. Jika tempoh 2 minggu ini gagal mengawal penularan covid-19, negara akan berhadapan risiko gelombang jangkitan yang lebih besar dan berbahaya.

6. Sepanjang 2 minggu ini, gunakan masa secara bermanfaat di rumah seperti beribadah (solat, baca Al-Quran, berzikir, berdoa), baca buku baharu dan menikmati masa berkualiti bersama anak-anak dan keluarga.

7. Rakyat harus bekerjasama dengan menjadi sebahagian daripada penyelesaian krisis ini dan bukannya sebahagian daripada masalahnya. Hati-hati dengan maklumat di media sosial dan jangan politikkan isu ini. Beri peluang kepada kerajaan untuk memperkemaskan sistem komunikasi dan koordinasi.

8.Terima kasih kepada semua petugas perubatan yang bertarung nyawa. 

Semoga kita semua selamat.

                                      





Comments