PERSIDANGAN CAWANGAN KG ULU DAN ALOR IBUS

Pada 13 Mac 2020, Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Kg Ulu, Kuala Kedah turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Latt Shariman bin Abdullah, mantan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah 2008-2013. Beliaulah insan yang bertanggungjawab membuka pintu kepada saya untuk menyertai kepimpinan UMNO Bahagian ketika itu. Fakta ini tidak pernah saya lupakan. Kita hebat bukan kerana kita semata-mata tetapi kerana ada orang yang berjiwa besar di sekeliling kita.

Selepas itu, saya berkesempatan juga menghadiri persidangan tahunan UMNO Cawangan Alor Ibus untuk menerangkan perkembangan isu-isu politik semasa.




                                          





Comments