PROGRAM KAUNSELING BERKELOMPOK OKP

Pada 11 Mac 2020, Program perkongsian dan kaunseling berkelompok bersama Orang Kena Pengawasan (OKP) AADK telah diadakan di Dewan Kampung Tengah, Kuala Kedah. Saya memberi sedikit perkongsian tentang penagihan dadah merupakan satu penyakit kronik yang perlu dirawat. OKP-OKP ini kebanyakannya dari sekitar Kuala Kedah. YBhg Dr Sabri bin Zainudin Zainul, Timbalan Ketua Pengarah AADK Malaysia turut bersama menyampaikan pengisian beliau bersama para hadirin. Turut hadir Puan Rohayu binti Ahmad, Pengarah AADK Kedah dan beberapa pegawai dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Semoga OKP-OKP ini semua diberi kekuatan untuk kembali ke pangkal jalan.






Comments