PROGRAM KEMBARA JR DAN SKUAD SAYANG 3K WANITA UMNO KEDAH

Pada 6 Mac 2020, Pelancaran Program Kembara Jalinan Rakyat 2.0 dan Skuad Sayang 3K Wanita UMNO Kedah telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah. Turut hadir YB Dato’ Dr Noraini binti Ahmad, Ketua Wanita UMNO Malaysia. Kehadiran ahli wanita dari seluruh Negeri Kedah sangat membanggakan.

Pasukan Saringan Kesihatan (PASAK) kami tidak menang tangan dalam menjalankan pemeriksaan kesihatan untuk para hadirin. Ramai juga yang saya rujuk ke klinik yang berdekatan rumah masing-masing kerana tekanan darah tinggi dan paras gula yang tinggi.

Tahniah diucapkan kepada Wanita UMNO Kedah di atas kejayaan program ini.









Comments