AKTIVITI HARI KE-17 PKP

Pada 3 April 2020 iaitu hari ke-17 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya berpeluang bersama rakan-rakan Pegawai RELA Kehormat/Bersekutu menguruskan pengagihan bekalan makan malam kepada petugas-petugas keselamatan yang terlibat dengan PKP. Bermula di Mergong, kami sama-sama membantu mengagihkan makanan yang disumbangkan oleh Dato’ Yusof Ismail, Ketua UMNO Bahagian Alor Setar yang juga merupakan Pegawai RELA Kehormat/Bersekutu. Sumbangan disampaikan kepada wakil-wakil dari PDRM, ATM dan Bomba yang hadir.

 Seterusnya kami melawat pos-pos kawalan di sekitar Alor Setar yang melibatkan anggota RELA dan menyampaikan bungkusan makanan kepada mereka. Ini adalah sedikit sumbangan hasil inisiatif kami RELA Kehormat/Bersekutu yang telah dilaksanakan sejak hari pertama PKP lagi.

Akhir sekali, kami singgah di Bilik Gerakan RELA Negeri dan berbincang bersama Tuan Pengarah RELA Negeri Kedah berkenaan program-program yang akan diatur. Kami komited dalam membantu pihak keselamatan dalam memastikan kebajikan petugas mereka terjaga. Yang pentingnya, masyarakat awam kekal di rumah masing-masing demi memastikan kita dapat memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.


                                          









Comments