BANTUAN KELUARGA OKP KETIKA PKP

Keluarga Orang Kena Pengawasan (OKP) adalah antara yang terkesan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikuatkuasakan. Kebanyakan mereka adalah nelayan yang tentunya datang daripada golongan sosio-ekonomi rendah dan mereka ini wajar dibantu. Pada 8 April 2020 iaitu hari ke-22 PKP, saya telah mengambil inisiatif di bawah Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kota Setar bersama AADK Kota Setar membantu keluarga-keluarga OKP di sekitar Parlimen Kuala Kedah iaitu di Kg Tengah, Kg Tepi Laut, Taman Bersatu, Kg Tok Pasai, Tebengau dan Alor Pulai.

Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan beban keluarga dan membantu kepulihan mereka. Terima kasih diucapkan kepada pihak Ketua Polis Daerah Kota Setar di atas kebenaran melaksanakan program ini.








Comments