PROGRAM BAKUL MAKANAN JKM

Pada 22 April 2020, iaitu pada hari ke-36 PKP, saya menyampaikan sumbangan program bakul makanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada golongan B40 yang memerlukan dan terjejas disebabkan PKP serta sempena bulan Ramadan yang bakal tiba. Antara penerima adalah warga emas dan ibu tunggal di sekitar Kampung Kompleks, Kubang Rotan, Tebengau dan Anak Bukit. Ada penerima yang sudah berumur lebih 80 tahun dan tinggal sebatang kara. Semoga dengan sumbangan ini mereka tidak terputus bekalan makanan. Terima kasih JKM dan kerajaan Perikatan Nasional.

                                                    








Comments