PUSAT PENGUMPULAN BARANG MAKANAN DAERAH KOTA SETAR

Pada 22 April 2020 iaitu hari ke-36 PKP, saya berkesempatan singgah dan meninjau operasi di Pusat Pengumpulan Barangan Makanan Daerah Kota Setar yang bertempat di Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kota Setar. Selain itu saya juga bertemu dengan petugas-petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), RELA dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di sini. Mereka telah bertugas di sini sepanjang PKP dilaksanakan dan berperanan menyelaras kaedah penyampaian bantuan agar sampai kepada pihak yang memerlukan. 

Barangan yang disumbangkan oleh NGO akan dikumpulkan di sini terlebih dahulu sebelum dibungkuskan dan diagih di kawasan tumpuan oleh para petugas. Ternyata mereka sangat komited dengan tugasan masing-masing. 

                                         





Comments